Friday, 6 January 2017

Pengenalan Homemade Food For You

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya ingin memberi salam pengenalan di blog rasmi terbaru saya ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang sudi mengunjungi blog saya ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan produk homemade yang saya hasilkan sendiri, in shaa Allah. Pada permulaannya memang agak sukar untuk saya memulakan bisnes ini kerana ia memerlukan waktu yang banyak bagi menghasilkan sesuatu produk. Saya perlu membahagikan masa untuk menguruskan hal keluarga dan juga masa untuk menyiapkan produk saya sendiri. Kebiasaannya saya akan mula membuat kerja apabila urusan lain bersama keluarga telah selesai. Awalnya saya hanya membuat kuih untuk dihidangkan kepada keluarga dan anak-anak untuk sarapan atau minum petang. Disebabkan minat untuk mencuba bisnes ini saya mengambil keputusan untuk memulakannya. Dengan berkat sokongan daripada suami dan ahli keluarga saya mula berani memasarkannya secara kecil-kecilan. Saya menghantar produk makanan tersebut ke kedai runcit, juga mengiklankannya di facebook, instagram dan group-group whatsapp. 

Buat permulaan saya perkenalkan salah satu produk yang saya hasilkan iaitu donut. Saya tahu ramai di luar sana yang pandai untuk membuat donut sendiri. Tetapi saya menghasilkannya untuk memudahkan anda bagi menyediakan juadah untuk keluarga dan anak-anak terutamanya bagi ibu-ibu yang sibuk bekerja. Donut ini saya buat dalam dua versi iaitu frozen dan juga yang siap untuk dimakan. Untuk yang frozen saya packing untuk dihantar ke kedai-kedai runcit. Manakala yang siap digoreng panas-panas pula akan dihantar ke gerai menjual kuih-muih untuk berniaga di waktu petang. 




Gambar di atas adalah donut versi frozen yang telah siap dipacking untuk dihantar ke kedai. Ia sesuai untuk dihidangkan sebagai sarapan pagi atau untuk minum petang. Mudah disediakan lebih-lebih lagi bagi ibu yang sibuk bekerja dan tidak sempat untuk membuatnya sendiri. Hanya perlu goreng dan taburkan gula yang telah siap tersedia dalam bungkusan tersebut. Siap untuk dimakan.

Kandungan : Tepung gandum, yis, gula, baking powder, susu tepung, garam, mentega, air untuk mengadun, minyak masak untuk menggoreng.

Packing & harga :
1 paket 10 biji RM5
Promosi 3 paket RM12

Berminat untuk order sms @ whatsapp 017-5240739.

Saya akan perkenalkan produk yang lainnya pada entri seterusnya nanti. Jumpa lagi di masa akan datang. Wassalam.

No comments:

Post a Comment